Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Gotong-Royong Bina Rumah Warga Emas Uzur Di Kampung Batu Kelikir

A.Latiff (tengah) bersama sukarelawan melakukan kerja-kerja meroboh rumah lama milik Kelsom untuk pembinaan rumah baharu di Kampung Batu Kelikir, Pengkalan Berangan, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.

Dua beranak yang tinggal di rumah pusaka di Kampung Batu Kelikir, Marang antara keluarga yang mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan bagi menerima bantuan menerusi Program Cakna @ Komuniti.

ADUN berkenaan, A. Latiff Awang berkata, nasib Kelsom Salleh, 93, yang dijaga anaknya Saadiah Mat Adam, 80, mendapat pembelaan sewajarnya apabila menerima rumah baharu berikutan keadaan rumah yang didiami sebelum ini begitu daif.

Menurut A.Latiff, pihaknya mengambil langkah segera untuk membela nasib keluarga itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Katanya, pembinaan kediaman baharu bagi warga emas berkenaan menggunakan konsep secara gotong-royong menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), iaitu pengli­batan semua peringkat termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat.
Dengan sokongan dan peruntukan kewangan daripada agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kita dapat mengumpul dana sebanyak RM18,000.
"Ini merupakan satu program NBOS yang disarankan kerajaan yang dapat kita laksanakan dan pada hari ini lebih 50 sukarelawan terdiri daripada anggota RELA, Giat Mara, JKKK dan juga komuniti setempat bergotong-royong meroboh kediaman lama milik Puan Kelsom untuk membina rumah baharu di tapak asalnya,” ujarnya kepada Teganukita selepas meninjau kerja-kerja meroboh dan menziarahi warga emas itu, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang, Senator To’ Puan Zaiton Mat Amin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhami Omar.

A.Latiff yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, pendekatan NBOS cukup berkesan kerana dapat mengurangkan perbelanjaan berikutan menggunapakai kepakaran-kepakaran daripada agensi serta badan yang menyertainya.
“Jika menggunakan peruntukan sedia ada untuk membina rumah baharu ini ianya belum tentu mencukupi tetapi dengan konsep NBOS, insyaAllah ia dapat disiapkan dengan sempurna kerana penglibatan agensi-agensi yang akan melaksanakannya secara gotong royong termasuk anggota Rela, Giat Mara, JKM, Maidam, JKKK dan juga komuniti setempat,” ujarnya.
Katanya, konsep NBOS ini juga akan diteruskan untuk membina lebih banyak rumah bagi membantu warga miskin dan keluarga yang terlibat dengan bencana alam khususnya di Daerah Marang.

No comments: