Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Golongan OKU Teruja Hayati Keindahan Tasik Kenyir


Seramai 45 pelatih Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, di Pulau Kerengga, Marang mendapat peluang sama seperti golongan normal lain apabila menghayati keindahan Tasik Kenyir dan menjinak ikan kelah di Santuari Kelah, Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Golongan orang kelainan upaya (OKU) itu  diiringi empat guru pengiring dan tiga kakitangan teruja dapat menikmati suasana santai sambil beriadah jauh dari kesibukan bandar.

Seorang pelatih, Mohamad Izudin, 21, dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu yang kali pertama menyertai lawatan ke Tasik Kenyir bersama rakan OKU lain itu menyifatkan ia pengalaman yang sangat menyeronokkan.

"Saya dengan kawan-kawan dapat tinggal dalam `houseboat’ dan boleh sampai ke santuari kelah. Kalau boleh nak datang lagi jika diberi peluang pada masa akan datang.

"Dapat ke santuari kelah bermain dengan ikan memang satu aktiviti yang hebat. Mana ada peluang begini di tempat lain. Seronok sungguh,"katanya.

Seorang guru pengiring, Nik Mohd Latif Nik Mat, 37, pula berkata, aktiviti luar bengkel yang dilaksanakan setiap bulan itu pada kali ini amat berbeza dan mengujakannya sepanjang lebih 10 tahun berkhidmat di pusat kebajikan berkenaan.

Menurutnya, selain aktiviti di bengkel, pelatih juga didedahkan dengan aktiviti beriadah di luar pusat kebajikan sebulan sekali di lokasi berbeza.

“Setiap bulan kami akan membawa pelatih keluar dari pusat latihan sebagai rutin dan menikmati suasana luar bengkel yang berbeza dari tugas seharian.

"Bagi saya yang juga pertama kali sampai di Kenyir dan bermain dengan kelah ini, suasana ini amat menyeronokkan. Pelatih juga terhibur, gembira dan seperti golongan normal yang lain mereka dapat menikmati anugerah alam ini dengan sepuas-puasnya,"katanya guru pengajar pembuatan perabot itu lagi.

Tambahnya, golongan pelatih itu juga berhak mendapat manfaat serta menghayati keindahan alam yang terdapat di negeri sendiri, apatah lagi di tasik buatan sendiri yang menjadi sebutan seluruh dunia itu.

Bengkel pemulihan berkenaan dibuka oleh kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mulai 24 Mac 1985 sebagai institusi yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada OKU serta remaja yang tercicir dalam pelajaran.

Pusat latihan yang menyediakan kursus jahitan, perabot, kimpalan dan pagar dawai menempatkan  pelatih yang berusia 17 hingga 40 tahun.

No comments: