Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Felcra Akan Baik Pulih, Bina Semula Rumah Generasi Kedua



Felcra Berhad bersedia untuk membaik pulih rumah atau membina semula rumah generasi kedua anak peserta menerusi Rumah Bina Negara di penempatan sedia ada.

Pengerusi Felcra Berhad,Dato' Seri Bung Moktar Radin berkata,setakat ini sebanyak 30 ribu unit rumah generasi kedua telah dibina diseluruh negara bagi membolehkan mereka yang tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri.

Menurutnya,Felcra Berhad akan bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam menyediakan Rumah Bina Negara kepada generasi kedua ini.

"Malah di Terengganu, program rumah generasi kedua telah pun dilaksanakan di Felcra Seri Bandi, Kemaman sebanyak 100 buah dan Felcra Bukit Kapah, Hulu Terengganu(100 buah).

"Felcra juga akan membantu peserta-peserta ini dalam membaik pulih rumah yang  agak uzur bagi memberikan keselesaan menjalani kehidupan seharian bersama keluarga mereka,"kata Bung Moktar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pemimpin Bersama Peserta Felcra Berhad Hulu Berang Dan Dialog Transformasi Nasional(TN50) Belia Felcra Wilayah Timur di Perkarangan Pejabat Felcra  Berhad Kawasan Hulu Berang,hari ini.



Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Jailani Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil,Ghazali Taib.

Hadir sama,Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad,Zulkarnain Mohd Usoup;Ketua Pengarah Seranta Felcra Berhad,Dato' Najmil Fais Mohamed Aris dan Pengurus Besar Felcra Berhad,Saipudin Omar.

Menurut Bung Moktar,bagi pembinaan rumah generasi kedua di Hulu Terengganu bergantung kepada kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah tanah.

"Lagi cepat selesai masalah tanah untuk tapak rumah ini,maka lagi cepatlah urusan pembinaan rumah baru,"ujarnya.

Sementara itu,Felcra Berhad Wilayah Timur Terengganu memperuntukan lebih RM 21 juta bagi bayaran bantuan sara hidup peserta melibatkan 24 projek tanam semula sehingga September 2017.

Bung Moktar Radin juga berkata bayaran bantuan sara hidup ini diperolehi daripada tabung tanam semula,jualan kayu getah dan termasuk pendahuluan daripada Felcra Berhad.



Bagi Mohamad Awang,78,Ketua Peserta Merchang Dan Rangkaian yang telah menjadi peserta Felcra selama 30 tahun berkata bantuan sara hidup merupakan satu insentif terbaik daripada pihak kerajaan.

Bapa kepada lima orang anak dan moyang 20 cicit mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Felcra Berhad kerana sentiasa menjaga kebajikan peserta.

"Bantuan sara hidup ini akan digunakan untuk perbelanjaan harian,pelbagai kegunaan lain termasuk bantuan untuk anak yatim,ibu tunggal dan sebagainya..saya akan berbincang bersama-sama pengurus-pengurus peserta dalam kawasan kami tentang pengurusan bantuan sara hidup yang diterima sebanyak RM 232,176 ribu.

"Saya juga ingin menyeru kepada mereka yang mempunyai tanah-tanah kosong ,menyerahkannya kepada Felcra untuk diusahakan kerana Felcra adalah satu agensi Kerajaan yang menitikberatkan kebajikan peserta mereka,"katanya.



No comments: