Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Dr Zaleha Wanita Pertama Dilantik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah


Sultan Mizan berkenan menyampaikan pertauliahan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu kepada Dr Zaleha. Foto Harish Fadzillah Kassim

Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dato’ Sri Dr Zaleha Kamarudin wanita pertama di negara ini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu yang berkuatkuasa hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan tauliah perlantikan Dr Zaleha, 56, dari Raub, Pahang di Majlis Penghadapan Dan Upacara Pergurniaan Tauliah di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Hakim Syarie, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.


Tugas utama Dr Zaleha adalah mengendalikan, mendengar kes rayuan dan mempunyai kuasa untuk membatal serta mengurangkan sabitan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Dr Zaleha satu-satunya wanita daripada lima individu yang ditauliahkan menerima jawatan sama. Empat lagi adalah Dato' Abdul Rahman Md Yunus, Dato' Mohd Yazid Mustafa, Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman dan Dato' Abdul Walid Abu Hassan.

Manakala selebihnya iaitu seramai 99 penerima  lain dari seluruh negeri yang menerima pentauliahan pelbagai jawatan.

Bagi  jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah ditauliahkan kepada Ahmad Najib Mohd, Muhamad 'Auni Mustaffa, Noor Afzan Adam, Nurul Huda Abd Rahman dan Siti Salwa Mustapa.  
Manakala, Mohd Nasir Abd Manaf pula dilantik sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

Sementara 10 individu ditauliahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri diikuti Ketua Pendaftar, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (lima penerima) dan  Jurunikah Negeri ditauliahkan kepada 26 penerima.


Lain-lain pentauliahan jurunikah mengikut daerah, Besut (13), masing-masing dari Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu (7), Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (6); Marang (5) serta Setiu dua individu.

No comments: