Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bekas Guru Dirai Dalam Majlis Jasamu Dikenang

A.Latif menyampaikan sijil penghargaan kepada bekas pengarah pada Majlis Jasamu Dikenang. Foto oleh Zulkifli C W Putra.

Seorang guru cemerlang tidak pernah mengenal erti berputus asa dan penat lelah dalam menabur bakti mendidik anak bangsa menjadi seorang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, guru cemerlang sanggup berkorban apa sahaja, masa hatta wang ringgit bagi melaksanakan pelbagai program demi memastikan anak didiknya beroleh kejayaan.

Katanya, komitmen tinggi guru cemerlang inilah yang menyaksikan ramai pelajar di Terengganu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama setiap tahun, sehingga membolehkan pelajar terbabit melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, kadangkala mengatasi guru mereka sendiri.


"Menyedari sumbangan besar guru-guru, golongan itu perlu dirai dan dihargai sewajarnya, "katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jasamu Dikenang di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, petang ini.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.

Dalam majlis itu seramai 1,569 bekas guru dan kakitangan kumpulan sokongan yang telah bersara bermula 2014 hingga 2017 dirai dalam dua majlis berasingan.

Pada sebelah pagi program sama yang bertujuan menghargai jasa mereka yang telah menamatkan perkhidmatan pula dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.

No comments: