Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : 13 Mangsa Pertama Dipindahkan


13 penduduk di Kampung Alur Damak, Batu Rakit, menjadi kumpulan pertama  mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu pada musim tengkujuh, hujung tahun ini.

Kesemua mangsa melibatkan lapan lelaki dan empat perempuan dan seorang kanak-kanak daripada lapan keluarga di pindahkan ke Dewan Serbaguna Mengabang Telung, Kuala Nerus, kira-kira jam 5.30 pagi tadi selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan yang berterusan sejak kelmarin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa dinasihatkan berpindah ke pusat perpindahan yang berhampiran susulan kawasan kediaman yang terjejas akibat hujan yang berterusan.

“APM akan melakukan pemantauan yang berterusan di bebrapa kawasan tumpuan bagi memastikan bantuan segera diberikan kepada mangsa banjir,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, pagi ini.

Menurut Che Adam, paras air laut di negeri ini masih belum kritikal dan aliran air laut juga terkawal.

Katanya, hanya beberapa kawasan rendah mengakibatkan air bertakung dan kenaikan air serta limpahan ke perumahan penduduk yang memerlukan  mereka berpindah jika kediaman didapati terjejas.

Dalam pada itu, menurut kenyataan daripada Jabatan Pengairan Dan saliran Terengganu, sehingga jam 9 pagi ini, semua paras air sungai seluruh Terengganu masih di bawah aras waspada kecuali Sungai Chalok (di Jambatan Chalok) yang merekodkan aras 7.31 meter, melepasi aras waspada pada 7 pagi tadi.

No comments: