Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

BAJET 2018 : Negara Berada Di Landasan Yang Betul


KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU, DATO' SERI AHMAD RAZIF ABD RAHMAN

BAJET 2018 - NEGARA BERADA DI LANDASAN YANG BETUL

1. Alhamdulillah, kita amat bersyukur dengan Bajet 2018 yang inklusif, yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri
Malaysia dengan senyuman dan penuh yakin.

2. PERTAMA, sekali lagi YAB Perdana Menteri membuktikan bahawa beliau
seorang yang sangat berani dan sentiasa mencabar kelaziman. Saya sangat
gembira kerana YAB telah membuat huraian tentang pelaksanaan pembangunan negara yang merujuk dan berasaskan kepada Maqasid Syariah. Ini sesuatu yang sangat besar ertinya.

3. KEDUA, sebagai rakyat Malaysia, saya melahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,
Barisan Kabinet dan semua penjawat awam khasnya, yang telah membantu
menguruskan ekonomi negara dengan sangat baik. Jelas sekali, di sebalik cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu dan harga minyak yang jatuh di pasaran dunia, ekonomi negara kita diurus dengan sangat baik sehingga mendapat pengiktirafan Bank Dunia dan agensi – agensi penarafan
antarabangsa. Mesej saya di sini ialah, negara kita adalah negara yang hebat
dan berjaya. Malaysia bukan negara gagal sepertimana tohmahan pembangkang. Malah Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan YABDato’ Sri Mohd Najib, mempunyai perancangan, halatuju dan wawasan yang jelas untuk masa hadapan negara dan rakyat, melewati 2050. Kita di landasan yang betul.

4. KETIGA, jelas penyediaan Bajet ini sangat terperinci dan menyeluruh
terutamanya memberi manfaat kepada golongan B40, berdasarkan 8 petunjang
yang digariskan. Saya sangat gembira dan berterima kasih kerana dua kelompok
utama iaitu pertama usahawan mikro termasuk usahawan wanita dan kelompok
kedua iaitu para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah mendapat perhatian besar dalam Bajet ini. Setengah billion melalui TEKUN dan tambahan RM200 juta lagi kepada AIM serta RM6.5 billion untuk para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah ini adalah luar biasa dan meningkatkan pembinaan daya kapasiti mereka untuk berdikari dan berjaya.

5. KEEMPAT, bagi pihak rakyat dan kerajaan Negeri Terengganu, saya juga ingin ucapkan terima kasih di atas perancangan projek fizikal dan peruntukan oleh Kerajaan Pusat untuk Negeri Terengganu sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Ini termasuk pelaksanaan Projek ECRL, rumah-rumah MyBNHomes, Pusat Cardiology dan Cardio-thoracic di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Terima kasih kita ucapkan.

6. Bajet ini adalah bajet yang sangat terperinci, realistik dan bertanggungjawab. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

MALAYSIA MOLEK DOH!

27 OKTOBER 2017

No comments: