Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Aktiviti Gotong-Royong Baiki Rumah Sempena GNN 2017



Program sayangi komuniti sempena Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 yang bakal diadakan di Kemaman selama tiga hari mulai 12 Oktober depan, turut diadakan aktiviti gotong-royong membaiki rumah nelayan di beberapa lokasi terpilih di daerah itu pada 2 Oktober ini.

GNN 2017 yang dicetuskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dijadualkan akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pantai Kuala Kerteh, pada 14 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, selain menerapkan semula budaya gotong-royong, GNN juga bertujuan mentransformasikan sikap dan minda di kalangan komuniti nelayan selain menonjolkan aspirasi mereka kepada masyarakat umum.

“Malah, sempena GNN kali ini juga, banyak aktiviti dan pertandingan diatur termasuk himpunan 300 bot nelayan, simfoni nelayan, dam aji nelayan kebangsaan, demostrasi menyelamat oleh pasukan bomba dan Tentera Laut DiRaja Malaysia, pertandingan (wau, memancing, dikir barat, busker) dan pelbagai acara menarik yang lain,” ujarnya.


Menurut Muhammad Pehimi, sebelum bertolak ke Kemaman untuk program gotong-royong dan ziarah GNN pada 2 Oktober ini (esok), beliau akan bersiaran di Studio Radio Terengganu FM bagi membincangkan topik Gelombang Nelayan Nasional pukul 8.30 pagi.

No comments: