Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

8,500 Nelayan Anggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan



Hampir 8,500 nelayan dari seluruh negara menganggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan bagi memantapkan dan meningkatkan sinergi, kecekapan serta keberkesanan aktiviti-aktiviti keselamatan di kawasan nelayan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Norfajarwati Baharudin berkata, kumpulan gabungan Sukarelawan Perikanan (Super) dan Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kukenal) berorientasikan konsep kesukarelawanan sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu misi bencana alam atau misi menyelamat bagi kemalangan di laut dan di darat.

"Kumpulan ini juga membantu pelaksanaan pengurusan perikanan kepada masyarakat dan industri perikanan negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kumpulan Keselamatan Nelayan di Pocket Stage 3 sempena Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kertih, Kemaman, hari ini.


Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pengarah Kemajuan Ikan Malaysia, Dato' Mohd Saedon Ab Majid dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Ir Rosli Othman.

Hadir sama, 800 nelayan dari seluruh Malaysia di majlis konvesyen Kumpulan Keselamatan Nelayan sempena GNN itu.

Norfajarwati berkata, objektif Kumpulan Keselamatan Nelayan antara lain untuk menjadi sebuah organisasi sukarelawan yang cekap dalam misi operasi bencana alam atau misi mencari dan menyelamat bagi kemalangan di laut terutama yang
melibatkan nelayan.

Menurutnya, bagi melahirkan anggota kumpulan yang berkemahiran, mereka juga bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam memberi kemahiran secara kursus dan amali.

"Mereka diberi pendedahan dengan kemahiran keselamatan di laut seperti pengenalan kepada Personal Floating Device ( PFD ), latihan cardiopulmonary resuscitation (CPR), teknik balutan dan teknik-teknik menyelamat mangsa di laut," katanya.

Tambahnya, antara aktiviti kumpulan itu  seperti menyalurkan maklumat mangsa bencana, membantu dalam operasi pemindahan mangsa bencana, membantu operasi pembersihan kawasan perkampungan nelayan dan melaksanakan pemantauan aktiviti perikanan di kawasan setempat.


Katanya, kumpulan itu turut membantu nelayan atau orang yang hilang di laut dan pengagihan bekalan makanan serta barang keperluan semasa kejadian banjir besar pada 2014 yang melanda Kelantan, Pahang dan Perak.

"Mereka juga sanggup menyabung nyawa dalam membantu tugas mencari dan menyelamat dan membantuan kemanusiaan apabila diminta oleh agensi keselamatan yang berkenaan," katanya.

No comments: