Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

397,476 Daftar Penderma Organ Sejak 2010


Seramai 397,476 individu di seluruh Malaysia mendaftarkan diri sebagai pengikrar pendermaan organ selepas meninggal dunia sejak 2010 hingga September lalu.
Bagaimanapun, jumlah itu sangat kecil berbanding keseluruhan penduduk negara ini.
Terbaharu, Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Terengganu dijalankan bagi menambah bilangan penderma di setiap negeri dan Terengganu khasnya.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Terengganu, Datin Dr. Siti Hajar Daud berkata, minggu kesedaran pendermaan organ itu merupakan satu program khas Kementerian Kesihatan yang dilaksanakan sejak 2010 pada setiap Oktober.
Katanya, matlamat program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ serta mengenang jasa dan sebagai tanda berterima kasih kepada mereka yang telah mendermakan organ.
“Antara matlamat yang ingin dicapai meneusi Kempen Jalanan Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ ialah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ, menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat, meningkatkan sebaran maklumat pendermaan organ, memudahkan masyarakat untuk mendaftar sebagai pengikrar penderma organ serta menggalakkan masyarakat untuk berbincang tentang pendermaan organ.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Kompleks Rawatan Harian (ACC), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Ketua Jabatan Anestesiologi, Dato’ Dr. Aisai Abd Rahman, Ketua Pengurus Pusat Sumber Transplan Nasional (HKL), Dr. Omar Sulaiman, Sahibus Samahah Dato’ Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda serta Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr. Saifur Rahman Muhammad.
Siti Hajar berkata, jumlah pengikirar itu sebenarnya sangat kecil iaitu hanya meliputi 1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
“Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat mencapai matlamat yang disasarkan iaitu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pendermaan organ.
"Malah, saya turut menyeru kepada semua pihak untuk mendaftar sebagai penderma sebagai tanda sokongan terhadap kempen kesedaran pendermaan organ ini,”katanya.

No comments: