Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

30 Masjid Utama Diiktiraf Masjid Pelancongan


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) merekodkan 30 masjid utama di negara ini disenaraikan sebagai masjid pelancongan.

Antara masjid berkenaan adalah Masjid Abidin dan Masjid Kristal di Kuala Terengganu;  Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur; Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya; Masjid Zahir di Alor Setar dan Masjid Selat Melaka di Melaka.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata menyedari hakikat itu pihaknya memperluaskan sektor pelancongan masjid  dengan menganjurkan pelbagai program riadah agar bertepatan dengan Malaysia sebagai negara Pelancongan Islam di dunia.

“Pada masa sama, memberi peluang pelancong Islam dan bukan Islam untuk melihat keunikan dan keistimewaan  masjid-masjid yang terdapat di negara ini sekali gus merancakkan pelancongan Islam.

“Tahun lalu mencatatkan seramai 5.5 juta pelancong Islam ke Malaysia sama ada dari negara Islam ataupun pelancong Islam dari negara bukan Islam seperti China,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Meja Bulat Kebangsaan di  Grand Hotel Puteri, Kuala Terengganu, semalam.

Ermieyati berkata, usaha itu bukan sahaja memberi peluang pelancong Islam dan bukan Islam untuk melihat keunikan dan keistimewaan  seni bina masjid di negara ini sekali gus merancakkan pelancongan Islam.


No comments: