Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

2,359 Graduan UniSZA Dirai Di Majlis Konvokesyen Ke-9

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA menyempurnakan istiadat pembukaan majlis konvokesyen UniSZA pada hari pertama, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Seramai 2,359 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-9 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 18 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (59), sarjana muda (1,321) dan diploma (961).

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA menyempurnakan istiadat pembukaan majlis berkenaan.

Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra’.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmaf Razif Abd Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Prof. Emeritus Dato' Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.


Pada majlis konvokesyen ke-9 ini, UniSZA turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Undang-undang kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai pengiktirafan kepada sumbangan beliau dalam bidang kehakiman negara selama ini.

Selain itu, UniSZA juga menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah bagi bidang Pengurusan dan Kepemimpinan kepada Gabenor Sulawesi Selatan, Indonesia, Dr. H. Syahrul Yasin Limpo.

Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul dua pelajar masing-masing graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin), Mohamad Farid Abdul Talib, 24, dan Muhammad Fauzan Abdul Hamid, 25, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan.

Sementara itu, Nur Izzati Suhaimi, pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris menerima Anugerah Terbaik Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan bagi Fakulti Biosumber dan Industri Makanan pula menjadi milik Nurul Hidayah Yaakob (Pingat Ibnu Al-Awwam).

Chang Yue Mei pula meraih Anugerah Malaysian Institute of Food Technology manakala Nur Afifa Hashim (Anugerah Alumni Teknologi Makanan) di samping Maizatul Aqmal Mazlan (Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan).

No comments: