Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

20,000 Penduduk Kuala Nerus Meriahkan Minggu Wanita Dan Kesihatan

Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis Penutup Minggu Wanita dan Kesihatan di padang bola Perumahan Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra

Hampir 20,000 penduduk sekitar Kuala Nerus, terutamanya penduduk Seberang Takir memenuhi padang bola Perumahan Telaga Daing, Kuala Nerus sepanjang program Minggu Wanita dan Kesihatan yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu.

Sepanjang tiga hari berlangsung, pelbagai acara disediakan kepada rakyat setempat bagi memeriahkan suasana di kawasan tersebut.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Basikal Fun Ride, Forum Perdana, Demo Kecantikan, Demo Masakan, Pertandingan Kuih Tradisional dan pelbagai acara menarik lain.

Acara itu digerakkan untuk menghargai, memupuk kesedaran dan penglibatan wanita dalam peranan meningkatkan kesejahteraan kehidupan keluarga.


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata penglibatan segenap lapisan masyarakat membuktikan sambutan Minggu Wanita dan Kesihatan Seberang Takir berjaya mencapai fokusnya yang bersifat kekeluargaan dan mengukuh hubungan masyarakat justeru, akan diteruskan sebagai acara tahunan.

Katanya, menerusi platform itu secara tidak langsung semangat solidariti, muafakat dan kerjasama dalam kalangan penduduk dapat diterjemahkan dan diperkasakan demi manfaat bersama.

"Misalnya dalam pertandingan memasak bubur asyura semalam yang disertai oleh 45 kumpulan dengan juadahnya diagih-agihkan kepada masyarakat setempat, saya nampak peserta berbalah secara sahabat dan berbalah secara sayang yang sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka.

"Ini adalah cara hidup kita, yang perlu saling bantu-membantu jadi teruskan nilai-nilai murni yang dibuat ini kerana ia merupakan yang terbaik untuk meningkatkan kesejahteraan kehidupan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan majlis penutup program tersebut.

Turut hadir, Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil, Ketua Pegawai Operasi Institut Jantung Negara, Akmal Arief Mohamed Fauzi dan  Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.


Pada majlis tersebut, bekas guru, Maimunah Yahya, 69, dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Seberang Takir di atas jasa yang diberikan kepadanya.

Dengan anugerah tersebut, beliau turut dihadiakan wang tunai sebanyak RM500, plak dan sepersalinan pakaian.

No comments: