Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

200 Pengurus Kediaman Sertai Program Hari Keluarga


Kira-kira 200 kakitangan Home Manager (HM) atau pengurus kediaman menyertai Program Kecergasan Fizikal dan Hari Keluarga di Taman Rekreasi, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu, semalam.
Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua pengurus kediaman yang menjalankan perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan cemerlang, untuk melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga.
“Memandangkan hubungan kekeluargaan amat penting buat kami, kami mahu menganjurkan satu acara untuk kakitangan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga dan pada masa yang sama dapat mengenali dan bermesra bersama ahli-ahli keluarga yang lain,” katanya ketika dihubungi oleh Teganukita/TIT.
Sementara itu, Pengurus Home Manager, Mohd Faizal Haron berkata, program kekeluargaan itu merupakan wadah terbaik dalam mengeratkan hubungan antara semua kakitangan HM.
“Walaupun hari keluarga HM ini yang pertama kali diadakan, ia akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan untuk masa yang akan datang,”katanya.
Antara acara sukaneka yang diadakan seperti kerusi berirama, bawa bola ping pong, tarik tali, lontaran belon berpasangan serta pelbagai lagi yang turut melibatkan anak-anak kakitangan HM.

No comments: