Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

200 Kakitangan TDM Berhad Sertai Program Bersama Mufti


Seramai 200 kakitangan TDM Berhad menghadiri program bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital, semalam.
Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda berkata, program bersama mufti itu adalah julung kali diadakan bagi memperlengkapkan diri ke arah keperibadian unggul dan cemerlang untuk mencapai visi dan misi Model Transformasi TDM (TTB).
Katanya, keperibadian unggul adalah asas yang perlu diambilkira dalam mengemudi syarikat ke arah kecemerlangan perniagaan yang dijalankan TDM.
“Ini kerana mempunyai keperibadian unggul bererti kita telah bersiap sedia memperolehi kejayaan. InsyaAllah dengan '36 Entry Point Projects' yang dibawa oleh Model TTB akan dapat direalisasikan pada 2022," katanya ketika sidang media di KTS Hospital,Kuala Terengganu, semalam.
Tambahnya, matlamat utama program bersama mufti ini adalah untuk perkongsian ilmu dari ulamak yang disegani dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh Kakitangan Kumpulan TDM Berhad bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah seimbang mengikut landasan yang betul.
“Bagi mencapai ke arah keperibadian unggul dan mentor perlu ada sebagai pendorong semangat untuk mencapai kejayaan,”katanya.
Program yang dianjurkan oleh TDM Berhad itu dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah TDM Berhad, TDM Plantation, KTS Hospital, doktor-doktor pakar, ketua-ketua jabatan dan semua kakitangan TDM Berhad.

No comments: