Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

200 J3K, Ketua Kampung Di Kemaman Sertai Kursus Bantuan Hadapi Banjir


Seramai 200 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan ketua kampung menyertai Kursus Bantuan Kecemasan dan Siap Siaga Bencana Daerah Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman dan Waterfront Geliga, Kemaman, kelmarin.
Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, kursus tahunan bermula 2014 itu diadakan bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Simulasi berkenaan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir tidak lama lagi.
"Kursus selama dua hari itu turut menekankan beberapa aspek pengurusan bencana banjir termasuk menguruskan keselamatan penduduk terjejas banjir, keselamatan di air dan pertolongan cemas," katanya.
Turut hadir, Ketua Balai Bomba Daerah Kemaman, Yahya Hanafi.
Menurut Che Ku, kira-kira lebih 20 anggota daripada beberapa agensi di bawah NADMA termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pejabat Daerah Kemaman terlibat menjayakan kursus sehari itu.


"Antara objektif kursus adalah untuk menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menghadapi banjir serta memperkasakan barisan hadapan yang bertindak menguruskan penduduk terjejas banjir di setiap kawasan yang dinaiki air.
"Turut diadakan beberapa demonstrasi menyelamat dalam simulasi atau situasi banjir sebenar bagi memberikan pendedahan kepada setiap peserta,"katanya.
Che Ku berkata, pihaknya mengarahkan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar bekalan makanan ke semua pengkalan hadapan di seluruh daerah sebagai persiapan berlaku banjir.
Tambah beliau lagi, pihaknya akan memastikan setiap penduduk di semua pusat penempatan sementara akan mendapat bekalan makanan permulaan terus untuk selama tiga hari sekali gus memastikan kebajikan mereka.

No comments: