Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

YPKT Tawar Pinjaman Kepada 2,246 peserta Program Jati Diri


Seramai 2,246 peserta Program Jati Diri (PJD) aktif membuat pinjaman membabitkan RM2.8 juta melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud, berkata kebanyakan peminjam menjalankan perniagaan jualan makanan, kedai runcit, jahitan, penternakan, salun kecantikan, kedai pengantin, jualan langsung dan pertanian.

“Mana-mana isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak membuat pinjaman sehingga RM20,000 atau bergantung kepada jenis peniagaan yang diusahakan.

“Syarat pinjaman cukup mudah iaitu mengutamakan  suri rumah dan ibu tunggal.  Golongan belia dan kaum lelaki dipertimbangkan jika bersesuaian,” katanya dalam satu majlis baru-baru ini.

Menurutnya, syarat lain, peminjam  perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri empat peserta yang akan berperanan sebagai penyokong, pemerhati dan penasihat.

“Kaedah ini (berkumpulan) berjaya mengurangkan risiko kegagalan projek dan juga pembayaran balik pinjaman,”katanya.


No comments: