Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Wan Hakim Suntik Semangat Calon SPM 2017 Di Kemaman


Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar meneruskan suntikan motivasi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai dan SMK Kemasik Kemaman yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada 6 November hingga 4 Disember nanti.

Menurutnya, dengan adanya program ilmu motivasi itu semua calon SPM diharap mampu meningkatkan keyakinan diri, menggandakan usaha dan percaya kepada kebolehan sendiri untuk mencapai kejayaan kedan kemenangan hanyalah milik orang yang rajin berusaha.

"Saya cukup bangga dengan adanya program sebegini bersama pelajar-pelajar yang cukup bersemangat mendengar kata-kata saya supaya menjawab peperiksaan SPM dengan penuh bersemangat dan terus menjadi seorang yang bijak pada masa akan datang," katanya kepada Teganukita hari ini.


Dalam ucapannya kepada calon SPM berkenaan, Abdul Hakim berkata, pengiktiran dan ganjaran akan datang kepada mereka yang menunjukkan sikap yang berkualiti dan baik dalam setiap amalan seharian.

Menurut beliau lagi, `tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu' yang bermaksud kejayaan yang manis hanya akan dapat kita kita kecapi jika sanggup berkorban dan  menempuhi pelbagai cabaran serta kesukaran.

"Akhir kata saya, selamat menjalani peperiksaan SPM 2017 kepada semua pelajar yang bermula pada 6 November kelak dan sentiasa bertenang, berdoa serta berusaha sebaik mungkin sepanjang peperiksaan berjalan.


"Tidak lupa juga, saya mendoakan kejayaan buat semua pelajar SPM 2017 bukan sahaja di Kemaman, bahkan Terengganu serta seterusnya dapat menyambung pengajian di bidang-bidang yang menjamin masa depan kelak," katanya.

Beliau menambah, sebelum ini program yang sama dilaksanakan di DUN Air Putih, bagaimanapun kali ini Chukai dan Kemasik turut terpilih untuk sama-sama mendapat rangsangan motivasi sebagai kelangsungan program tahunan beliau di Parlimen Kemaman.

No comments: