Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO Terengganu Mampu Kekal Pentadbiran


UMNO Terengganu masih kuat dan mampu kekal memerintah negeri ini bersandarkan perpaduan di kalangan ahli serta semua pemimpin terutama Menteri Besar dan mantan-mantannya.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persengketaan lalu adalah manisfestasi sejarah silam yang sudah berlalu dan perbezaan perlu diketepikan demi kepentingan UMNO serta  Barisal Nasional (BN).

"Saya ingin beritahu kepada seluruh kepimpinan jangan pernah usik-usik UMNO dan BN Terengganu selagi ketiga-tiga pemimpin berada di sini (Menteri Besar (MB), Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan mantan MB, Dato' Seri Idris Jusoh dan Dato' Seri Ahmad Said). InsyaAllah Terengganu masih milik BN dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) nanti," katanya.


Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kemaman  di Dewan Berlian Majlis Pembandaran Kemaman, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh.

Hadir sama,  Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said dan Timbalannya, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Shaheda Jusoh.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga kagum dengan kesungguhan UMNO Bahagian itu yang melakukan transformasi selaras matlamat Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

"Saya percaya perwakilan yang hadir pada hari ini merupakan terdiri daripada seluruh UMNO Kemaman," katanya.

Menurut Ahmad Zahid lagi, segala permasalahan yang berlaku di kalangan parti pembangkang adalah satu peluang terbaik untuk UMNO dan BN merampas semula kerusi yang ditawan pembangkang sekali gus mengekalkan kemenangan serta pemerintahan.


"Bukan hanya kelemahan dan perpecahan musuh politik tetapi yang utama perpaduan dan kekuatan kepimpinan serta keahlian jika kesatuan dapat dikukuhkan maka kita dapat rampas semula kerusi kalah.

"UMNO dan BN tidak mahu kehilangan kuasa dalam PRU ini kerana dari sejarah yang kita pelajari akibat kehilangan negeri yang pernah kita alami dulu. Kita tidak akan pernah sanggup untuk tinggalkan kepentingan rakyat," katanya.

No comments: