Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Umat Islam Disaran Kekalkan Kesatuan Ummah

Dato' Mohd Zubir membacakan ucapan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 2017 di Masjid Sultan Ismail, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Umat Islam di Malaysia disarankan agar mengekalkan kesatuan ummah di negara ini bagi mengelakkan peristiwa yang berlaku di negara-negara lain sesuai dengan tema Sambutan Ma’al Hijrah ' Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara'.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata tema tersebut sebenarnya merupakan salah satu gagasan usaha yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sewaktu peristiwa hijrah.

Katanya, beberapa langkah boleh diambil bagi  mengekalkan kesatuan ummah di negara ini supaya peristiwa yang berlaku di Syria, Iraq mahupun penganiayaan yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya.

"Antara langkah yang boleh kita ambil ialah pertama mengutamakan maslahah ummah
mengatasi kepentingan dan maslahah
peribadi dan yang kedua asas-asas kenegaraan dan prinsip-prinsip utama Islam yang disepakati hendaklah dipelihara dan dihormati.

"Seterusnya, berpegang teguh dengan Mazhab Shafie dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai mazhab rasmi negara. Keempat, solat berjemaah di masjid dan surau hendaklah dijadikan satu amalan dan budaya kita bagi memupuk kesatuan ummah di negeri ini.

"Terakhir, kita hendaklah menjauhi sifat-sifat tercela seperti hasad dengki, buruk sangka, mengadu domba dan memfitnah
sesama sendiri yang boleh mengakibatkan perbalahan sesama kita," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.


Ucapan tersebut dibacakan dalam Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd Ibrahim.

Dalam majlis tersebut, bacaan doa akhir tahun hijrah terlebih dahulu dibacakan sebelum memulakan solat Magrib berjemaah.

Selesai solat magrib, majlis diteruskan dengan bacaan doa awal tahun, solat sunat hajat dan bacaan surah Yasin.

Majlis tersebut diakhiri dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz.

No comments: