Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TUDM Juara Kejohanan Payung Terjun ATM 2017


Pasukan payung terjun Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dinobatkan sebagai johan keseluruhan lima kali berturut-turut pada Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 Cabaran Terengganu Ketiga.

Pertandingan selama sembilan hari bermula 22 hingga 30 September yang dianjurkan oleh Malaysian Armed Forces Parachute Association (MAFPA) dan Malaysian Parachute Association (MyPA) dengan kerjasama kerajaan negeri itu berjaya menarik penyertaan 250 peserta dari dalam dan luar negara.

TUDM menjadi johan keseluruhan edisi kali ini yang mempertaruhkan empat kategori iaitu Accuracy Sport, Accuracy Military, Formation Skydiving dan Canopy Formation Skydiving.

Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang yang berlangsung di Stadium Mini Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.


Pengerusi Payung Terjun TUDM, Mejar Mohamad Ijas Zubir berkata, hasil usaha dan sokongan padu yang dilaksanakan oleh pucuk pimpinan dan pengurusan TUDM, berjaya mengekalkan momentum pasukan untuk mempertahankan kejuaraan buat lima kali berturut-turut.

"Sebenarnya, untuk mengekalkan kejuaraan memang susah daripada mendapat kemenangan.

"Tetapi kami bertuah kerana mendapat sokongan padu dan begitu hebat dari pucuk pimpinan sendiri kerana seperti yang kita sedia maklum sukan payung terjun memerlukan platform udara, ternyata pucuk pimpinan memberi sepenuh sokongan apabila kami memerlukannya," ujarnya.

Katanya, meskipun pasukan utama TUDM tidak dapat beraksi pada kejohanan kali ini disebabkan tugasan menjaga keselamatan negara yang lebih penting, ianya tidak mematahkan semangat pasukan kedua untuk mempamerkan kehebatan.

"Walaupun tanpa pasukan utama kami bersyukur apabila 30 ahli pasukan berjaya menunjukkan aksi yang terbaik pada kejohanan kali ini sekaligus berjaya mengekalkan kejuaraan," katanya.


No comments: