Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Sasar 1,352 Calon SPM 2017 Dapat Semua A

A. Latiff dan warga pendidik bergambar bersama calon-calon SPM di Program Merealisasikan Kecemerlangan Menjelang SPM 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra
Terengganu mensasarkan 5.34 peratus atau 1,352 pelajar bakal memperolehi semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017 tidak lama lagi.

Peperiksaan yang dijadual berlangsung pada 5 November hingga 6 Disember ini akan melibatkan 20,528 calon peperiksaan awam itu di seluruh  Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) optimis mencapai sasaran itu berdasarkan kayu ukur dan prestasi dalam peperiksaan awam berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan kesungguhan, persediaan dan perancangan melalui gerak kerja yang dilaksanakan sejak awal tahun lalu oleh seluruh warga pendidikan khususnya pegawai dan kakitangan JPNT, pengetua, guru-guru serta pelajar dan keluarga masing-masing bagi memastikan calon SPM dapat mencapai sasaran berkenaan.

"Saya yakin jika tidak 100 peratus daripada 1,352 pelajar mampu mencapai semua A, setidak-tidaknya menghampiri 100 peratus.

"Kita tidak meletakkan sasaran ini secara suka-suka, sebaliknya ia bersandarkan prestasi semasa dan ukuran pencapaian dalam peperiksaan yang terdahulu,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Merealisasikan Kecemerlangan Menjelang SPM 2017 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pelajaran Negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengarah Unit Transformasi Terengganu Baharu (TTB), Che Mansor Che Kerma.

A. Latiff berkata, kerajaan juga konsisten untuk memperkasakan bidang pendidikan sepertimana prinsip kelapan TTB dan sanggup memperuntukkan pelanjaan yang besar dan meningkat saban tahun demi kecemerlangan bidang itu.

Katanya, pada 2015 kerajaan negeri memperuntukkan RM1.3 juta, manakala tahun lalu RM2.7 juta dan tahun ini bertambah kepada RM4 juta.


"Terengganu berada pada kedudukan pertama yang memperuntukkan bajet besar untuk pendidikan.

"Jika pada 2015 sebanyak RM1.3 juta kerajaan 'top up' kepada JPNT, 2016 sejumlah RM2.7 juta dan 2017 kerajaan negeri menyediakan RM4 juta untuk JPNT. Semua peruntukan itu sebagai 'top up' daripada bajet sedia ada oleh Kementerian (Pendidikan  Malaysia),"katanya.

No comments: