Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Perkenal JOBSTTB Untuk Graduan


Kerajaan Negeri akan memperkenalkan JOBSTTB di bawah Program Transformasi Graduan Terengganu (TGTP)  bermula 1 Oktober ini khusus untuk graduan anak Terengganu yang mempunyai minat dalam bidang pengkhususan tertentu.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata graduan yang mengikuti program tersebut akan ditempatkan di bawah syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

Katanya, terdapat tujuh bidang latihan akan diperkenalkan dalam program yang boleh dipohon secara atas talian.

"Tujuh bidang latihan yang ditawarkan adalah pengurusan, pembuatan/pembinaan, pertanian, perikanan, veterinar, pelancongan dan usahawan berdasarkan minat serta kelulusan bersesuian.

"Ianya terbuka kepada semua anak Terengganu yang mempunyai kelayakan ijazah atau diploma daripada pelbagai bidang pengkhususan dan berumur 20 tahun ke atas," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Replika Cek Oleh TDM Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Tambahnya, graduan yang menyertai program tersebut akan diberi elaun sebanyak RM1,000 seorang sepanjang tempoh enam bulan.

Katanya, permohonan akan mula dibuka bermula 1 Oktober ini dan graduan yang berminat boleh melayari laman sesawang http://tgtp.terengganu.gov.my.

No comments: