Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Lancar Tabung Rohingya Demi Kemanusiaan, Saudara Islam - MB


'Ini soal kemanusiaan sejagat, bukan sahaja soal umat Islam. Asas kemanusian apatah lagi membabit umat Islam, menggerakkan hati saya untuk mencadangkan penubuhan Tabung Kemanusiaan Rohingy. Malah ia selaras dengan perjuangan Perdana Menteri untuk membantu dan pertahankan nilai kemanusiaan yang universal ini, " demikian kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.

Menurutnya, selaku Menteri Besar dan atas nama Kerajaan Negeri Terengganu tabung itu akan dilancarkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ahad ini.

 "Langkah membantu orang yang menghadapi musibah dan penderitaan ini bukan baru bagi Terengganu, malah satu masa dulu orang Vietnam pernah kita bantu dan berikan Pulau Bidong sebagai transit untuk mereka hidup dengan selamat sebelum berpindah ke negara tertentu yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, " katanya.

Kata beliau lagi, jika orang bukan Islam kita bantu atas nama kemanusiaan sejagat, inikan pula masyarakat Rohingya memanglah wajar Negeri Terengganu yang bergelar Darul Iman mengambil daya usaha serupa.

Beliau yang diwawancara dalam pertemuan khas di Melaka dengan ketua editor, selepas merasmikan suatu kursus, turut menyatakan rasa puas hatiatas sambutan awal yang diberi oleh semua pihak bagi mengisi tabung itu.

"Sehingga ini sambutan luar biasa, ada persendirian, agensi, pertubuhan bukan kerajaan, swasta dan sebagainya, malah tabung turut diadakan di Jom Heboh anjuran TV3, untuk orang ramai menderma atau mengisi tabung Kemanusiaan Rohingya itu," katanya.

Menteri Besar  berkata, kaedah saluran bantuan yang diperolehi itu nanti akan disalurkan dengan cara untuk melalui pertolongan Mercy Malaysia yang berpengalaman, tetapi kita akan berusaha membawa bersama wakil kerajaan dan rakyat Terengganu dan Malaysia untuk bersama-sama menyerahkan bantuan dan melihat sendiri kehidupan pelarian Islam Rohingya di kem atau tempat tempat perlindungan.

Tambah Ahmad Razif lagi, atas nama kemanusiaan sejagat, huluran bantuan adalah tanpa mengira perbezaan bangsa, parti dan agama kerana ia adalah bersifat 'universal'.

No comments: