Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Lancar Tabung Kemanusiaan Rohingya Di Kuala Lumpur 1 Oktober Ini

Kerajaaan negeri melalui  Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya di perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur,  pada 1 Oktober ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijadual akan merasmikan program berkenaan.

Setiausaha Kerja tabung itu, Raja Faisal Raja Haron berkata, acara berkenaan sebagai kesinambungan kempen ‘Terengganu For Rohingya, Sekampit Beras Untuk Rohingya’ bertujuan membantu etnik minoriti Islam yang berdepan dengan kesengsaraan akibat penindasan yang sedang memuncak di Myanmar.

Katanya, pelbagai jabatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Terengganu dan juga luar Terengganu termasuk Lembah Kelang akan berganding bahu mengumpul dana yang disasarkan mampu mencapai RM1 juta itu.

"Antara agensi yang bekerjasama erat dan mendukung aspirasi kerajaan negeri bagi menjayakan kempen ini seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), SUKTRA Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Unit Komunikasi Negeri Terengganu. Semua jabatan berkaitan akan menyediakan tabung bagi memastikan bantuan dapat disalurkan di pelbagai tempat dan peringkat.

 "Sebagai contoh, JPNT menganjurkan dalam program-program kutipan di semua sekolah dan MBKT menyediakan tabung di tempat tumpuan awam seperti Taman Awam Batu Burok, Pasarnita dan Pasar Payang. Manakala Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin pula berkolaborasi melaksanakan program bersama universiti lain di negara ini,"katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.

Menurutnya, seramai 50 sukarelawan TTB dijangka ke kem pelarian di Bangladesh untuk membantu kerja-kerja kemanusiaan bersama doktor-doktor sukarelawan daripada Mercy Malaysia yang akan memberi khidmat perubatan dan rawatan kesihatan.

“Diharap pelbagai pihak dan orang ramai dapat berganding bahu bagi menjayakan kempen ini, malah kita turut mengalu-alukan komitmen mana-mana pihak untuk menjalin kerjasama dalam membantu mencapai sasaran RM1 juta,” katanya.


No comments: