Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Lantik 1,414 Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk


Terengganu merekodkan  seramai 1,414 ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)  yang dilantik bagi penggal kedua untuk tempoh dua tahun  mulai 15 April 2017 sehingga 14 April 2019.

Pelantikan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjadikan Terengganu mencapai 80 peratus keanggotaan JPP yang lengkap dilantik mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata penubuhan JPP itu melibatkan semua kawasan PBT termasuk yang di bawah pemerintahan kerajaan dan  pembangkang dan mereka akan diberikan elaun.

Katanya, keanggotaan JPP  sama seperti  lantikan  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang melibatkan 10 ahli yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan lapan ahli jawatankuasa.

“Walaupun bidang tugas seakan sama, peranan jawatankuasa ini tidak akan bertindih dengan tugasan JKKK di mana JPP lebih menumpu tanggunjawab di kawasan bandar dan JKKK pula lebih menumpu perihal kampung.

“Untuk pemberian elaun bulanan hanya pengerusi dan setiausaha yang akan menerimanya iaitu RM800 untuk pengerusi bagi kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran manakala bagi pengerusi Majlis Daerah, jumlah yang akan diterima adalah sebanyak RM500 sebulan,”katanya dalam satu majlis baru-baru ini..

Menurutnya, JPP bukan jentera kita. Ada orang tuduh sengaja tubuh JPP sebagai jentera parti dan politik sedangkan itu adalah jentera yang membawa harapan melalui suara masyarakat bandar.

“Ini bukan makanisme kepartian yang diwujudkan untuk kepentingan politik. Cuma persepsi mereka yang tidak bertanggungjawab yang tidak berpuas hati,” katanya.


No comments: