Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Belanja RM4.2 Juta Jayakan Program Pintar Al-Quran Tabika Kemas Setiap Tahun

Pasukan Besut bergambar dengan Menteri Besar dan kenamaan lain sebagai meraikan kemenangan futsal selepas menewaskan Kuala Terengganu di pentas akhir sempena Majlis Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat Negeri Terengganu 2017, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Foto oleh tengku Syamim Tengku Ismail.

Kerajaan negeri membelanjakan RM4.2 juta bagi melaksanakan Program Penghayatan Islam yang dikenali sebagai Pintar Al-Quran  di 702 kelas Tabika Kemas seluruh Terengganu, setiap tahun.

Pengarah Kemas Negeri, Dr Faridah Mat berkata, program yang dilaksanakan sejak 2005 sudah memberi manfaat dan  mampu melahirkan kira-kira 22,000 kanak-kanak yang khatam al-Quran sehingga kini.

“Peruntukan itu bagi tujuan pembayaran gaji atau wang sagu hati sebanyak RM500 sebulan kepada guru agama yang dilantik khusus bagi Program Pintar Al-Quran yang mengajar selama dua jam sehari termasuk pada waktu cuti persekolahan.

“Dalam ucapan bajet yang lepas, kerajaan negeri sudah bersetuju supaya setiap Tabika Kemas melaksanakan program Pintar Al-Quran dan bersesuaian dengan konsep transformasi Tabika Kemas supaya pusat didikan ini menjadi pilihan utama kepada ibu bapa kerana kita menitiberatkan  program penghayatan pendidikan Islam, selain semangat patriotisme dan keyakinan diri di kalangan anak-anak,”katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Negeri Terengganu 2017, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.


Seramai 476 wakil kanak-kanak tabika itu menyertai program sehari yang berkonsepkan sukan dengan mempertandingkan enam acara  iaitu futsal, bola jaring, `rounders', `formula one', gerak kreatif dan `sprint hurdles shuttle relay'.

Majlis  penutup itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria.

Menurut Faridah, sehingga kini, sebanyak 878 Tabika Kemas  yang melibatkan 20,200 kanak-kanak sedang mengikuti pendidikan pra sekolah itu di seluruh Terengganu.

Tambahnya, hanya 176  tabika yang belum melaksanakan program Pintar Al-Quran akan melaksanakannya segera sebaik sahaja jabatan itu sudah mengenal pasti guru agama yang melepasi syarat dan boleh dilantik sebagai tenaga pengajar .

“Program ini telah bermula sejak 2005 dan Terengganu adalah satu-satunya negeri yang melaksanakan program itu dengan sokongan penuh kerajaan negeri yang sanggup melaburkan sebanyak RM4.2 juta  bagi menjayakannya saban tahun.


No comments: