Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tabung Rohingya Kumpul RM600,000



Kerajaan negeri berjaya mengumpulkan hampir RM 600,000 melalui Tabung Kemanusian Rohingya sejak dilancarkan pada 20 September lalu sehingga kini.

Tabung berkenaan disasarkan mampu mencapai RM1 juta sehingga 10 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri,  Dato' Rozi Mamat berkata, program kerajaan negeri menerusi skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)kini bergerak ke seluruh daerah melalui pejabat daerah, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) dan badan bukan kerajaan (NGO) ke peringkat bawahan bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk turut sama menyumbang.

"Di samping itu juga, kita sedang mengatur melalui kedutaan dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia(Mercy) Malaysia serta NGO dalam negara bagi mencari kaedah yang terbaik untuk menghantar sendiri sumbangan rakyat Terengganu kepada masyarakat Rohingya.

"Kita akan hantar bantuan ini dengan skuad sukarelawan TTB pada akhir Oktober ini dan tarikhnya akan dimaklumkan kelak setelah kesemua proses selesai.

"Sumbangan bukan berbentuk wang tunai tetapi dalam bentuk barangan keperluan seperti bekalan makanan,ubat-ubatan dan pakaian,"kata beliau.

Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong berkata kepada pemberita di Majlis Pelancaran Tabung "Bantu Rohingya"Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong di tapak Pasar Tani Kuala Ping, Telemong, hari ini.

Dalam pada itu,beliau turut berkata, tabung kemanusiaan ini juga akan dilancarkan kepada anak-anak Terengganu di perantauan pada 1 Oktober ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurutnya lagi, program ini bertujuan untuk menimbulkan perasaan kekitaan, kasih sayang dan kemanusiaan di kalangan rakyat Terengganu untuk membantu  masyarakat Rohingya mengikut kemampuan masing-masing.

No comments: