Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sultan Mizan Seru Masyarakat Perkukuh Perpaduan

Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang mewakili Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyempurnakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh Tg Mohd Syamim Tg Ismail.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru masyarakat negeri ini khususnya supaya memperkukuh perpaduan, berusaha mencari titik persefahaman dan berhijrah ke arah hidup yang lebih sempurna berlandaskan ajaran Islam sebenar.

Baginda bertitah, jadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang perselisihan.

"Al-quran melarang umat Islam dari berpecah belah sebaliknya menuntut semua ahli masyarakat bersatu padu dan berusaha menjadikan negara kuat dari segala aspek.

 "Dengan itu, kesejahteraan dan kemakmuran negara dapat dipertingkatkan,"ujar baginda dalam titah ucapan sempena Majlis sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M peringkat negeri di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.


Titah ucapan baginda dibacakan Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang mewakili Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut mengiringi Tengku Sri Temenggong Raja, isteri beliau To' Puan Seri Nabilah Dato' Mahmud Khan.

Turut hadir, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To ' Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato' Mohd Zubir Embong dan isteri To' Puan Ramizah Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan isteri To’ Puan Hanis Hamid, ahli-ahli pangkuan diraja dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Titah Sultan Mizan, tugas menjaga kesejahteraan negara dari dicerobohi musuh Islam sama ada secara terang-terangan atau halus adalah tanggungjawab umat Islam.

“Justeru, jadikan tahun baru hijrah ini sebagai titik tolak penigkatan amal kebaikan dan berhijrah ke arah hidup bermatlamat dan berlandaskan ajaran Islam sebenar,” ujar baginda.

No comments: