Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sukan 7S1M1S Cungkil Bakat Pelajar

SK Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor menjadi juara kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S) 

Kesungguhan Yayasan Bank Rakyat (YBR) menganjurkan kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S) di bawah 11 tahun berjaya mencungkil bakat muda dan pelapis sukan negara.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YBR Tan Sri Shukry Mohd Salleh, berkata kejohanan yang memasuki tahun ketiga itu telah mendapat pengiktirafan bagi kategori Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Katanya YBR telah memperuntukkan sebanyak RM671,280 bagi penganjuran 7S1M1S.

"Kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk mencungkil bakat pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan.

"Pada kejohanan tahun lepas, seramai lima orang peserta telah ditawarkan untuk menyertai akademi JDT (Johor Darul Ta'zim) bagi mengembangkan lagi bakat sedia ada," katanya ketika berucap dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan 7S1M1S di Stadium Gong Badak, petang semalam.

Majlis penutup kejohanan itu, disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bazlan Abd Rahman.

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor  mengondol juara apabila berjaya menewaskan SK Cochane (WP Kuala Lumpur), manakala tempat ketiga SK Seremban 2A (Negeri Sembilan).

Kejohanan yang memasuki Tahun ke-3 itu telah mendapat pengiktirafan bagi kategori NBOS (National Blue Ocean Strategy) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 – 2025 melalui kerjasama di antara pihak swasta dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kejohanan itu merupakan salah satu program Pembangunan Pendidikan YBR dengan objektif utama penganjurannya adalah bagi memberikan galakan dan dorongan kepada atlet remaja di sekolah-sekolah supaya bergiat aktif dalam kegiatan sukan serta melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental.

No comments: