Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SKMM Kuatkuasa Akta Khas Kawal Laporan Berita Berunsur Fitnah



Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan akta khusus bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan oleh portal online bagi menangani aduan berkaitan kandungan jelik di internet.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Jailani Johari berkata namun pengamal media dalam talian  harus lebih bertanggungjawab menguruskan kandungan yang dimuatnaik diportal mereka.

"Bezakan antara langit dan bumi antara kandungan yang mengkritik dan kandungan yang bersifat menghina, membenci dan menghasut ataupun palsu.

"Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua  peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet.

"Peruntukan dibawah Seksyen 211(Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik) dan Seksyen 233 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas pelaku kesalahan tersebut,"katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu di Kuala Telemong, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi GPMS Negeri Terengganu,Tengku Haphiz Tengku Putera.



Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu  Terengganu  berkata,sebuah pusat sehenti iaitu portal SEBENARNYA.MY telah dibangunkan oleh pihak SKMM bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian disamping membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima.

Jelasnya lagi,sebarang aduan boleh dibuat menerusi ruang 'Laporkan Pada Kami' di portal SEBENARNYA.MY di talian aduan: 1800-188-303 atau whatapps kepada 016-2206262 atau emel ke aduan skmm@cmc.gov.my

Beliau  berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd Rahman pada 2 September dalam satu kenyataan di media perdana iaitu kerajaan harus memperkenalkan akta bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutama yang disebarkan oleh portal atau media sosial.

Sementara itu,Jailani turut mengesyorkan agar kementerian pendidikan sepatutnya menambah satu sukatan khusus tentang peranan media masa kini untuk disampaikan kepada golongan pelajar seluruh negara.


Katanya, langkah ini mampu mengubah persepsi negatif generasi muda yang dilihat sebagai aset penting negara di samping melahirkan aset yang baik kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.

No comments: