Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Setiap DUN Perlu Cari Inisiatif Adakan Program Gaya Hidup Sihat Dan Tangani Kos Sara Hidup


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyarankan semua pemimpin di Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan program ke arah gaya hidup sihat serta mampu mengurangkan bebanan hidup rakyat yang menepati satu daripada konsep tiga P iaitu menangani peningkatan kos sara hidup.

Katanya, terpulang kepada inisiatif dan kreativiti pemimpin untuk mengatur program yang mampu memberi manfaat dan melibatkan semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia serta peringkat.


"Ada sesetengah DUN yang mengadakan program 'free market' dan lawatan dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan dan meringankan bebanan masyarakat setempat.

"Di Jertih Besut pada minggu lepas sempena Hari Peladang dan Penternak dengan kerjasama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa di pasaran serta ini satu cara membantu masyarakat, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Kayuhan Sihat Merdeka Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar.


Program kempen gaya hidup sihat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sempena Karnival Sukan DUN Seberang Takir sepanjang tiga hari bermula Khamis lalu, melibatkan acara gegar 10, 000 langkah merdeka dan juga senamrobik menangani kos sara hidup.

Menurut Ahmad Razif lagi, inisiatif mengadakan cabutan bertuah berupa bekalan asas seperti minyak, beras dan pelbagai keperluan dapur melalui acara senamrobik itu sekali gus sebagai meringankan bebanan hidup masyarakat dan langkah penyelesaian kos sara hidup jangka pendek.

No comments: