Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sedia Inisiatif Bantu Peladang, Penternak Dan Nelayan

Keprihatinan kerajaan terhadap peladang, penternak dan nelayan menyediakan inisiatif dalam bentuk bantuan, projek dan program bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan sasar.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya mempunyai dasar khususnya dalam sektor pertanian.

Katanya, apa yang dilaksanakan bukan tertumpu kepada produktiviti hasil pertanian sahaja malah turut menjurus kepada jaminan keselamatan makanan.

"Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor, termasuk bekalan yang mencukupi, mudah diperolehi, harga munasabah dan keselamatan kualiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Terengganu dan Pekan Budaya Besut, di Gong Kemuntong, Jertih, Besut, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman.

Ahmad Razif berkata, Terengganu memperkenalkan 18 inisiatif atau bantuan utama bertujuan meningkatkan ekonomi golongan sasar dalam sektor berkaitan.

Antaranya, peruntukan RM500,000 bagi meningkatkan pendapatan 40 pengusaha madu, projek melon manis (RM200,000 untuk 20 usahawan) dan projek Terengganu golden corn pula diperuntukkan RM900,000, bakal memberi peluang kepada 10 belia tempatan.

"Inisiatif lain, program dana usaha tani, My Farm Outlet, pasar ternakan dan pembinaan 40 tukun tiruan, " katanya.

No comments: