Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Rakyat Terengganu Sambut Baik Wujud Tabung Rohingya


Beberapa penduduk di negeri ini menyambut baik langkah kerajaan negeri melalui Skuad Sukarela TTB (SSTTB) menubuhkan Tabung Kemanusian Rohingya, baru-baru ini.

Tabung yang akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kuala Lumpur pada Ahad ini, mula diperkenalkan di Kuala Terengganu sejak 20 September lalu dan sehingga kini sudah mengumpul sumbangan kira-kira RM600,000.

Ia juga adalah sebagai kesinambungan kempen 'Terengganu For Rohingya, Sekampit Beras Untuk Rohingya' yang bertujuan membantu etnik minoriti Islam yang dalam kesengsaraan di Myanmar.

Seorang pemuda, Wan Yusma Wan Razali dari Besut berkata, program itu amat bagus dan satu usaha yang baik dalam membantu saudara sesama Islam oleh kerajaan negeri.

"Salah satu cara untuk mendidik rakyat bersifat dermawan, sesuai dengan salah satu hadis yang mengatakan bahawa tangan memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima, tahniah skuad sukarela TTB," katanya.

Imam Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Che Baharom Yassin pula berkata, membantu masyarakat Rohingya yang tertindas dan hidup menderita menjadi kewajipan umat Islam.

"Sebagai orang Islam kita wajib membantu rakyat Rohingya yang tertindas termasuk mendoakan keselamatan dan menghulurkan bantuan kewangan.

"Mereka (rakyat Rohingya) sepatutnya diberikan hak kerana mereka sudah berabad tinggal di negara itu.

"Tabung yang bakal dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu itu adalah satu usaha yang murni dan kepada umat Islam yang berkemampuan diharapkan dapat sama-sama menyumbang kepada tabung itu," katanya.

Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu,  Suhaimi Endut berkata, mengucapkan tahniah kepada kerajaan Terengganu kerana amat perihatin kepada nasib umat Islam Rohingya di Myanmar.

"Usaha kerajaan Terengganu yang amat murni wajar diberi perhatian oleh seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman.

"Membantu umat Islam yang ditindas adalah tanggungjawab semua. Mereka adalah saudara kita. Ayuh warga Terengganu yang budiman marilah kita memberi sokongan kepada usaha murni ini," katanya.

Seorang lagi penduduk
Kampung Pelong, Setiu, Abdul Rahman Abu Bakar berkata keprihatinan kepimpinan negeri di bawah Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta badan-badan yang terlibat melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya amat membanggakan semua.

"Dengan pelancaran ini juga diharapkan akan membuka mata masyarakat untuk turutsama membantu mereka.

"Sikap perihatin ini juga boleh diberi contoh terbaik dan Terengganu sering mendahului dalam hal-hal kebajikan serta keagamaan," katanya.

Bagi penggiat seni dari Kuala Terengganu, Mohd Salim Salleh pula mahu rakyatdi Terengganu bersama-sama terus mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada Rohingya dan menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusian yang akan dilancarkan itu mengikut kemampuan masing-masing.

No comments: