Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pusat Hemodialisis RM1.4 juta Dibuka Di Telaga Daing Oktober Ini


Pusat Hemodialisis bernilai RM1.4 juta yang dijangka mampu menampung 144 pesakit sepanjang seminggu, bakal dibuka di Telaga Daing, Oktober ini.
Kemudahan perubatan dilengkapi dengan 24 mesin dialisis yang dibangunkan 100 peratus sumbangan korporat dan orang persendirian akan diuruskan pihak kesihatan negeri menerusi Perjanjian Persefahaman dengan Kementerian Kesihatan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat rawatan yang berkonsepkan permuafakatan dan kebersamaan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) badan korporat dapat membantu kerajaan negeri yang berdepan kekangan kewangan.
“InsyaAllah pusat kesihatan itu akan beroperasi bulan hadapan, sebahagian daripada mesin akan disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan sebahagian lagi adalah derma dari pihak-pihak tertentu.
“Berharap dengan penubuhan pusat Hemodialisis ini, dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan tersebut dan saya menyeru agar masyarakat dapat menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya kepada media selepas Majlis Korban Perdana dan Pengagihan Zakat Dun Seberang Takir, baru-baru ini.

No comments: