Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Program Jelajah Platform Tingkat Kefahaman Ekonomi Negara


Program Jelajah Memahami Dasar Ekonomi Negara anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia merupakan platform tepat dalam menyampaikan informasi tentang perkembangan ekonomi negara terkini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, penglibatan Kementerian Kewangan dalam wacana ilmu ini amat bertepatan kerana minda rakyat saban waktu dibebani dengan sebaran maklumat yang tidak pasti kesahihannya.

“Kita mengambil inisiatif menjemput peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan status jawatan untuk sama-sama hadir menerima penceritaan dan melontarkan apa sahaja persoalan berkaitan dengan pembangunan ekonomi negara daripada tokoh yang pakar dalam bidang ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Program Jelajah Memahami Dasar Ekonomi Negara di Wisma darul Iman, hari ini.

Pada majlis tersebut, kira-kira 1,500 peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan pusat dan negeri, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hadir mendengar bicara dasar ekonomi negara yang disampaikan Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia Dato’ Lokman Noor Adam.

Mohd Zubir berkata, melalui program tersebut diharapkan semua peserta mendapat manfaat berganda demi mengukuhkan kefahaman dan pengetahuan sedia ada mengenai dasar erkonomi negara.

No comments: