Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peranan JPP Tidak Bertindih Dengan Tugas JKKK

Datuk Halimah bersama anggota JPP selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Sesi Townhall Bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini- Tengku Syamim Tengku Ismail  

Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, tidak akan menyebabkan pertindihan kuasa dengan majlis PBT atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata penubuhan JPP yang berlandaskan undang-undang adalah kaedah terbaik dalam mengukuhkan interaksi antara penduduk dan kerajaan.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga adalah satu mekanisme baharu dari segi pentadbiran dalam kawasan bandar selain mewakili suara masyarakat bandar di taman-taman perumahan.

Add caption
"Soal pertindihan kuasa atau pengambilalihan peranan tidak timbul lebih-lebih lagi anggota (JPP) yang dipilih terdiri daripada kepimpinan masyarakat di zon masing-masing dan syarat utama ialah anggota terbabit mesti bermastautin di kawasan itu.

"Di kampung, JKKK rapat dengan penduduknya dan selalu turun padang membantu menyelesaikan masalah mereka. Konsep JPP sama seperti JKKK,”katanya.

Halimah berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Sesi Townhall Bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Katanya, setiap ahli JPP  yang dilantik akan menjadi wakil rakyat 'kecil' untuk membawa suara masyarakat bandar dalam isu-isu perbandaran dan mencadangkan sesuatu untuk kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.

“Segala aduan atau masalah yang disuarakan masyarakat bandar akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan akan dipanjangkan kepada  PBT bagi mencari jalan penyelesaian,”katanya.

Di Terengganu seramai 1,414 anggota JPP telah dilantik bagi penggal kedua untuk tempoh dua tahun iaitu mulai 15 April 2017 sehingga 14 April 2019.

Pelantikan menjadikan Terengganu mencapai 80 peratus keanggotaan JPP yang lengkap mengikut zon.  




No comments: