Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pengusaha Madu Kelulut Peroleh Pendapatan Lumayan

 
Majlis Penyampaian Sijil Madu Kelulut ExxonMobil-YDSM 2017 di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu, semalam- Foto: Tg Syamim Tg Ismail

Hanya bermodalkan RM300, seorang  ibu tunggal dari Kampung Binjai, Kemaman berjaya mengembangkan perusahaan madu kelulutnya sehingga produk yang dihasilkan mampu meraih pendapatan bulanan mencecah RM3,000.


Mula menternak kelulut secara kecil-kecilan pada 2014, Norhamiza Mohd Nor, 42 pernah mempunyai 80 sarang madu kelulut di sekitar kawasan rumahnya iaitu kelulut dari jenis Itama dan Thoracica.

Penglibatannya dalam perniagaan itu setelah melihat potensi madu kelulut yang sangat positif di pasaran tempatan dan luar negara.

Katanya, apa yang menarik madu kelulut mempunyai khasiat tiga kali ganda berbanding madu lebah-lebah yang lain.

“Mungkin ramai yang beranggapan ternakan madu kelulut ini satu perusahaan yang mudah tetapi jika tidak mempunyai ilmu tentang penjagaannya, ia akan menjadi kerja yang sukar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sijil Madu Kelulut ExxonMobil-YDSM 2017 di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu, semalam.

Penyampaian sijil kepada 26 peserta, termasuk  Norhamiza yang diumumkan sebagai peserta terbaik disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd. Fadzli Yusof.

Program selama tiga hari yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif ExxonMobil dalam usaha meningkatkan peluang dan penglibatan golongan wanita di bidang ekonomi melalui usaha pembangunan kemahiran di samping penyediaan program sokongan.

Sementara itu, Dato’ Fadzli, berkata  program terbaharu itu dilaksanakan susulan kejayaan program sama membabitkan projek perusahaan cendawan dalam kalangan ibu tunggal dan beliawanis yang dirintis Exxonmobil dan YDSM sejak 2008.

Katanya, kali ini ExxonMobil menyumbangkan kira-kira RM70,000 bagi program perusahaan madu kelulut  dan pihaknya proaktif untuk memantau peserta terutama dalam tempoh tiga bulan pertama,
 “Diharap latihan dan sokongan yang disediakan dapat memberi rangsangan kepada mereka terutama dalam memajukan diri sekali gus meningkat pendapatan masing-masing.


“Inisiatif di bawah program latihan keusahawanan khas itu secara tidak langsung bagi membolehkan mereka menjana pendapatan sekali gus meningkatkan taraf hidup diri serta keluarga. ,” katanya.

No comments: