Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pengunjung Festival Kenyir 2017 Lepasi Sasaran


Festival Kenyir 2017 yang diadakan selama empat hari bermula 14 September lepas berjaya melepasi sasaran apabila mencatat kedatangan seramai 75,751 orang sepanjang program itu berlangsung Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail berkata, sasaran asal kedatangan pengunjung ke festival berkenaan adalah seramai 60,000 orang.


“Festival Kenyir 2017 merupakan salah satu acara yang berjaya memperkenalkan lagi Tasik Kenyir kepada pelancong dan keunikan penganjuran kali ini merangkumi 30 acara dalam air, darat mahupun di udara telah disusun atur bagi menarik minat pengunjung.

“Malah, penganjuran festival ini juga menjadi pemangkin kepada kedatangan lebih ramai pengunjung ke Tasik Kenyir yang kini jadi tumpuan segenap lapisan terutamanya selepas beroperasinya jualan Zon Bebas Cukai  Tasik Kenyir pada 1 Ogos lalu,” ujarnya.

Katanya, antara aktiviti yang diadakan sempena festival itu termasuk ;heli ride’, persembahan kebudayaan, malam kesenian Islam, Kenyir auto fest, pertandingan sukan air dan sukan rakyat, mari mencuba permainan tradisional, pameran dan juala agensi dan usahawan serta hasil pertanian dan pelbagai lagi.

No comments: