Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pengamal Media Terengganu Bakal Tawan Gunung Latimojong, Indonesia


Sebahagian dari pendaki yang akan memulakan pendakian ke Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan pada 3 Oktober nanti.

Seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini.

Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) turut disertai wakil dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi di Sulawesi Selatan yang berketinggian 3,487 meter itu pada 3 Oktober ini.

Ekspedisi selama enam hari itu akan diketuai Pengarah APM Terengganu Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.

Menteri Besar, Dato’ Seri  Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program yang julung kali diadakan ini dapat mengeratkan hubungan antara Kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi menerusi program pendakian gabungan dua kerajaan ini.

Katanya, secara tidak langsung  ia juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan negara tersebut khususnya Wilayah Sulawesi Selatan.

 "Ini adalah satu lagi transformasi yang berlaku di negeri ini di mana misi yang akan membawa nama Terengganu ini pertama kali dianjurkan dan menariknya aktiviti ini melibatkan peserta dari kalangan media.

"Kerajaan negeri menyokong dan menyambut baik langkah yang dilaksanakan khususnya oleh  pengamal media Terengganu dalam sama-sama membantu kerajaan menaikkan imej Terengganu menerusi pelbagai inisiatif.

"Semoga kembara Terengganu De Latimojong ini dapat menjadi wadah dan memberi impak yang positif dalam jalinan dua hala ini dan mengingat pendaki supaya sentiasa mementingkan keselamatan sepanjang melakukan aktiviti itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Larian Jambatan Sultan Mahmud 2017 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, kerajaan negeri bersungguh-sungguh menjayakan misi ini dengan pembabitan anak-anak syarikat kerajaan negeri di bawah Terengganu Incorporated dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.


Ahmad Razif berkata, kumpulan pendaki ini bukan berpaksikan kepada pendakian sahaja malahan turut melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membantu penduduk di desa  berkenaan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman, Rozainah Zakaria berkata ekspedisi ini bertujuaan mewujudkan integrasi silang budaya di antara wilayah Sulawesi Selatan dan Terengganu.

"Menerusi ekspedisi  pendakian gunung luar negara ini sekaligus mendukung satu daripada lapan prinsip TTB yang berteraskan komitmen tinggi dalam misi dan visi," katanya.

Beliau berkata selain itu menerusi aktiviti seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan prestasi, mental dan fizikal sejajar dengan keperluan profesion sebagai wartawan.

Che Adam yang juga Chief De Mission berkata kumpulan pendaki juga turut melaksanakan tanggungjawab sosial komuniti kepada masyarakat di Desa Karangan iaitu perkampungan yang terletak di kaki gunung berkenaan dan memberi bantuan keperluan harian serta alat tulis kepada pihak yang memerlukan di desa tersebut.

"Ia sebagai tanda prihatin daripada kumpulan pendaki kepada masyarakat desa Karangan yang menjadi sebahagian nadi yang membangunkan kawasan pergunungan berkenaan," katanya.

Katanya, kumpulan pendaki akan turut  melakukan pertukaran logo Visit Beautiful Terengganu dengan “Simbol Perlancongan Sulawesi” sebagai gimik hubungan akrab antara dua pihak.

“Pada masa sama, ia juga bertujuan membantu mengembangkan sektor pelancongan Terengganu menerusi aktiviti pendakian," katanya.

Tambahnya lagi, penglibatan media dalam program ini secara tidak langsung memberi kecergasan melalui siri latihan sebelum ini sesuai dengan tugas wartawan yang memerlukan persediaan kekuatan mental dan fizikal pada bila-bila masa.

No comments: