Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Maidam Agih Bantuan RM64 Ribu Kepada 47 Keluarga Asnaf Di Pulau Redang

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan peruntukan RM64,000 kepada 47 keluarga asnaf di Pulau Redang.

Agihan RM1,500 hingga RM3,000 sekeluarga atau bergantung kepada bilangan isi rumah yang masih dalam taggunggan itu disalurkan melalui Program Tautan Mahabbah Bersama Penduduk Pulau Redang, hari ini.

Turut serta dalam program itu Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib; Ahli Dewan Undangan Negeri  Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan Pesuruhanjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd Ibrahim

Bazlan berkata penerima dipilih berdasarkan bilangan isi rumah yang masih bersekolah yang melibatkan 101 pelajar daripada 47 keluarga asnaf.

Katanya, bantuan tahunan yang disalurkan melalui Maidam itu pastinya dapat membantu meringankan bebanan keluarga, termasuk berkaitan perbelanjaan sekolah.

"Boleh juga sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga dan Sijil Penilaian Malaysia.

"Saya berharap penerima menggunakan wang tunai yang diagihkan sebaik mungkin, elak membeli barangan yang tidak berkaitan, " katanya ketika ditemui selepas program itu.

Penerima bantuan yang juga bekas nelayan Nordin Ahmad Ibrahim berkata, bantuan yang diterima RM2,000 itu cukup besar nilainya dan akan menggunakannya sebaik mungkin.

"Saya mengutamakan perbelanjaan sekolah  anak- anak selain barangan keperluan dapur," katanya.

Ibu tunggal, 43 Atimi Ripin, berkata perbelanjaan keluarga kini hanya bergantung kepada anak sulung yang bekerja sebagai pemandu bot selain mendapat upah memasak sekiranya ada program di kampung itu.

Katanya, kehidupan dia sekeluarga agak susah  sejak kematian suami akibat kemalangan pada 2013.

"Bagaimana tetap bersyukur kerana mendapat bantuan bulanan  Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Maidam kerap menghulurkan sumbangan, " katanya

No comments: