Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kota Putera Square Tarikan Baharu Di Besut


Kota Putera Square (KPS), yang siap pembinaanya kini menjadi mercu tanda baharu kepada pusat pentadbiran Daerah Besut apabila mula beroperasi secara rasmi selepas majlis penyerahan projek itu daripada kontraktor kepada Majlis Daerah Besut (MDB), malam tadi.

KPS berharga RM20 juta dibina pada November 2015  mengandungi dua pakej pembangunan terdiri daripada sebuah Dewan Merdeka untuk kegunaan  persidangan, majlis perkahwinan, mini konvensyen dan ruang pameran.

Manakala projek fasa kedua iaitu Anjung Kota Putera yang merupakan projek pembangun mengandungi pembinaan sebuah bangunan empat tingkat merangkumi tujuh unit perkedaian apartmen dan pejabat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)   Kota Putera, Mohd Mahdi Musa berkata Dewan Merdeka yang dibina berbentuk seperti seekor belangkas mampu memuatkan 3,000 orang dalam satu-satu masa.

"KPS ini sebenarnya dibina di atas tapak seluas 1.86 hektar menggunakan konsep moden dan tradisional menjadi daya tarikan baharu kepada penduduk daerah Besut,” katanya ketika merasmikan majlis penyerahan projek itu, malam tadi.

Mohd Mahdi berkata, pembinaan dewan berbentuk tengkolok itu disesuaikan dengan budaya setempat kerana Kota Putera sebelum ini pernah mempunyai seorang Raja yang memerintah.



Malah, katanya, pembinaan KPS juga mempunyai kaitan dengan kemerdekaan negara apabila kawasan tapak dewan itu pernah dijadikan tempat pengistiharan kemerdekaan negara pada 1957.

Beliau berkata, persekitaran KPS bertambah menarik pada waktu malam dengan adanya lampu berwarna warni dan sesuai untuk dijadikan tempat beriadah sekeluarga.



Mohd Mahdi berharap, penduduk tempatan memanfaatkan kemudahan yang disediakan di situ selain menjaga kebersihan supaya persekitaran sentiasa menarik dan menjadi pusat riadah popular pada waktu malam.



No comments: