Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kolam Renang Kanak-Kanak Di Batu Buruk Dibuka Mulai Esok

Kolam Renang Kanak-kanak di Kompleks Akuatik, Batu Buruk, Kuala Terengganu akan beroperasi mulai esok (12 September), manakala dua lagi kolam untuk lelaki dan wanita pula dibuka sepenuhnya bulan hadapan.
Pemangku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, kolam itu mempunyai empat kategori iaitu kolam untuk kanak-kanak, lelaki, wanita dan kolam papan anjal akan dibuka secara berperingkat-peringkat sebaik sahaja selesai kerja membaik pulih kerosakan.
“Kolam kanak-kanak boleh beroperasi mulai esok, manakala kolam lelaki dan wanita akan beroperasi bulan hadapan setelah selesai kerja membaik pulih. Hanya kolam papan anjal sahaja tidak dibuka waktu terdekat ini, kami akan maklumkan semula pada masa akan datang.
“Kolam itu ditutup beberapa tahun lalu atas sebab kebocoran dan keretakan, sekarang masih dalam proses membaik pulih dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi jaminan keselamatan kepada orang ramai yang menggunakannya,”katanya ketika kepada media selepas Program “Town Hall” di Menara PMINT, Kuala Terengganu, hari ini.
Sebelum ini, kemudahan kepada orang ramai itu mengenakan yuran RM2 (bagi kanak-kanak) dan RM4 (dewasa).
Waktu operasi pada hari biasa bermula 2.30 petang hingga 6.30 petang, manakala pada hari minggu melibatkan dua sesi iaitu 9.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 6.30 petang.

No comments: