Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Minta Semua Masjid Adakan Solat Hajat Untuk Rohingya Jumaat Ini


Kerajaan negeri meminta semua masjid mengadakan solat hajat Jumaat ini bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat Islam Rohingya yang menjadi mangsa penindasan tentera Myanmar.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, solat hajat itu bertujuan memohon keselamatan etnik Rohingya agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Jumaat ini semua masjid di Terengganu diminta mengadakan solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan kesemua masyarakat Islam Rohingya yang ditindas.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk melancarkan Tabung Khas Rohingya sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka di sana dan kita mengalu-alukan semua pihak untuk memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar United Kingdom di Wisma Darul Iman, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang dan Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin Hashim

Ahmad Razif berkata, tabung khas berkenaan akan menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya, malah kerajaan  negeri juga bersedia menghantar sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ke sana untuk menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan kepada mereka.
“Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat telah dilantik untuk menguruskan pelancaran tabung dan sukarelawan TTB yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” ujarnya.

No comments: