Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Laksana TGTP Oktober Ini

Ahmad Razif ketika berucap di Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar United Kingdom di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W Putra

Kerajaan negeri melalui Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) akan melaksanakan program Terengganu Graduate Transformation Programme (TGTP) sebagai usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan, selewatnya Oktober ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perlaksanaan TGTP adalah penambahbaikan Skim Penempatan Siswazah Terengganu (T-GAS) dengan memberi ruang kepada siswazah menganggur menimba pengalaman berkhidmat di agensi dan syarikat terpilih.

Katanya, perkara tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco hari ini dimana buat permulaan skim ini akan ditawarkan kepada 500 siswazah yang belum bekerja.

“Dalam mesyuarat Exco tadi, kita telah membuat keputusan untuk melaksanakan TGTP untuk siswazah menganggur dan bercadang dapat laksanakan Oktober ini.

“Sebagai permulaan, kerajaan negeri bersetuju untuk mengambil 500 orang siswazah menganggur dalam pelbagai bidang termasuk pelancongan, perladangan, perniagaan dan sebagainya bagi memberi ruang kepada mereka menimba pengalaman yang mungkin membuka peluang untuk diserapkan di tempat mereka menjalani latihan.

“Elaun bagi mereka yang dipilih mengikuti program latih­an sambil kerja selama enam bulan ini adalah sebanyak RM1,000 sebulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar United Kingdom di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang dan Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin Hashim.


Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga berusaha memastikan pelajar yang gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran.

Katanya, menerusi program sifar pelajar lepasan tingkatan 5 tidak ke pusat pengajian, Yayasan Terengganu akan dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan data-data anak Terengganu yang tidak berjaya ke pusat pengajian.

“Mereka ini kita akan bantu dengan diberikan latihan kemahiran dan teknikal menerusi penawaran mengikuti kursus-kursus kemahiran yang diminat di tiga institusi kerajaan negeri iaitu Kolej Universiti TATi (TATiUC), Tesdec dan Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC),” ujarnya.

No comments: