Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kejar'17 Sasar 100,000 Ahli Sahabat Gerah, Sama-Sama Tolak Rasuah

Dzulkifli (dua dari kiri) bersama Marzuki (dua dari kanan) dan Mohd Zaki (paling kanan) menanam pokok sebagai simbolik kempen Sahabat Gerah sempena program Kejar'17 di Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim

Kira-kira 60,000 rakyat Malaysia menjadi ahli Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) sejak dilancarkan bermula 1 Ogos lalu sehingga kini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, Sahabat Gerah berperanan sebagai mata dan telinga kepada SPRM untuk melaporkan sebarang perlakuan rasuah kepada SPRM, selain menyumbang tenaga dalam usaha pencegahan rasuah dan menjadi model kepada masyarakat.



Katanya, kempen untuk menambah keahlian Sahabat Gerah dipergiatkan menerusi Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (Kejar'17) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia sejak 18 September lalu.

“Inisiatif kempen sahabat Gerah untuk mendekati masyarakat bagi menggalakkan mereka agar bersama SPRM dengan sasaran Sahabat Gerah dapat mencapai sehingga 100,000 orang.

"Kita mahu masyarakat menjadikan SPRM sentiasa dekat dan menjadi milik rakyat Malaysia..kerana kita akan sentiasa membela rakyat yang dianiaya oleh mereka yang menyalahguna kuasa dan tamak harta,"katanya.


Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (Kejar17) dan Program IM4U Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Marzuki Endut dan Setiausaha Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu, Maldiana Abd Patah.

Program yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Puspanita Terengganu turut menyampaikan bantuan kepada 50 ibu tunggal berupa bekalan dapur dan selimut.

Sementara itu, program Kejar'17 berlangsung selama 12 hari disertai 40 motosikal dan sebuah bas yang membawa pegawai kanan SPRM.



Dzulkifli berkata, melalui program itu pegawai SPRM akan menjelajah ke setiap negeri untuk mendekati masyarakat dan memberi pendedahan mengenai rasuah serta salah guna kuasa yang sering berlaku sekaligus mahu masyarakat bersama-sama menolak rasuah.

              

No comments: