Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Isteri, Wanita Kakitangan Awam Kuala Nerus Digesa Sertai Puspanita


Isteri dan kakitangan awam wanita dalam daerah Kuala Nerus digesa menyertai Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) bagi memperkukuhkan cawangan baharu itu.

Penasihat Puspanita Cawangan Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, jawatankuasa yang dilantik diharap melipatgandakan usaha untuk meramaikan ahli-ahli Puspanita cawangan Kuala Nerus.

“Dalam memperkukuh Puspanita yang paling bongsu ditubuhkan ini, semua pegawai-pegawai wanita yang berkhidmat serta isteri-isteri kepada pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam yang berkhidmat di Kuala Nerus diseru mendaftar sebagai ahli,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kuala Nerus Kali Pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Puspanita Cawangan Kuala Nerus, Datin Nor Zaini Abd. Latiff.

Kira-kira 200 isteri dan kakitangan awam daerah Kuala Nerus hadir pada mesyuarat agung tersebut.

Tengku Farouk Hussin yang juga merangkap Pegawai Daerah Kuala Nerus berkata, penglibatan kaum wanita dalam Puspanita bukan sahaja dapat menambah ilmu pengurusan dan kepimpinan, tetapi mereka akan terlibat secara langsung dari segi perancangan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti persatuan.

Katanya, peranan setiap ahli amat penting bukan sahaja bagi mengukuhkan persatuan tetapi juga memastikan setiap pelaksanaan aktiviti dapat mencapai matlamatnya.

“Malah, mereka juga perlu sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memastikan setiap perancangan dan aktiviti persatuan dapat berjalan lancar,” ujarnya.

No comments: