Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hasrat Mahu Mati Di Mekah Jadi Kenyataan

Allahyarham Siti Esah

"Saya tidak sangka selepas bersama emak menunaikan fardu haji kali ini, emak pergi buat selamanya di Tanah Suci Mekah ini, " luah Norasiah Tahir, 48, anak tunggal Allahyarham Siti Esah Mohd atau lebih dikenali 'Ustazah Esah' yang berasal dari Kampung Sungai Ular, Hulu Terengganu.

Norasiah bersama emaknya seorang guru al-Quran dan fardu ain yang dikenali ramai di kampungnya Sungai Ular dan sekitar berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji awal Ogos lalu.

Oleh kerana ibunya bersungguh-sungguh hendak pergi juga tunai haji buat kali kedua pada kali ini, beliau sebagai anak tunggal perlu menemani emaknya, kata Norasiah seorang pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Berang.

Arwah ibunya meninggal dunia sewaktu sedang berzikir di bilik penginapan mereka kira-kira 7.20 malam (7 September) lalu yang tidak jauh dari Masjidil Haram.

“Emak yang sedang berbaju sembahyang tiba-tiba rebah dan saya ajarkan arwah mengucap dan kelihatan bibirnya bergerak seperti melafazkan sesuatu sebelum badannya terbujur kaku keseluruhan," cerita Norasiah kepada penulis yang mengunjung maktab penginapan beliau kelmarin (Ahad).

Turut sama rakan-rakan semaktab arwah antaranya Cikgu Che Gayah Che Hak dari Tok Dor Besut yang mengatur wawancara ini.

Jenazah arwah ibunya itu diuruskan oleh pihak Tabung Haji jam 11.30 malam berkenaan, di bawa ke hospital dan keesokannya (Jumaat) selepas solat Subuh disembahyangkan oleh para makmun di Masjidil Haram sebelum disemadikan di sebuah perkuburan di Tanah Suci Mekah.                       

Ditanya adakah tanda-tanda pelik arwah ibunya seorang ibu tunggal sebelum berangkat ke tanah suci, Norasiah beritahu arwah ibunya hendak pergi ke semua tempat dia mengajar untuk bertemu muridnya termasuk di Masjid Matang dan Surau Pulau Kudat selain Masjid Sungai Ular dan kelas di rumahnya.

"Suami saya yang merupakan menantu arwahlah yang menghantar ke tempat-tempat berkenaan bagi tidak menghampakan arwah, cerita Norasiah.

Yang paling terkesan ialah arwah pernah memberitahu cucunya iaitu anak Norasiah, Ahmad Faiz Rashid,19 bahawa, “Tok nak gi Mekoh kali ni nak mati dinun”.

Norasiah berkata arwah cukup rapat dengan Faiz dan keluarganya mengajar al-Quran sejak berzaman lagi dan arwah mempunyai pertalian keluarga dengan Hajah Rogayah Sulong.

Menurut Norasiah, dia bersyukur arwah ibunya sempat wukuf di Arafah dan bermabit di Mudzalifah dan Mina dan beliau telah melakukan ibadat melontar untuk arwah ibunya yang berusia hampir 80 tahun itu.

"Arwah emak ada beritahu saya, ibadat haji yang dilakukan kali ini adalah untuk emak awrah yakni nenek saya, kerana emak sudah pun bergelar hajah sebelum ini,” jelas Norasiah mengakhiri perbualan.    

Laporan Eksklusif Dari Mekah: Ruslan Abdul Rahman                     

No comments: