Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Gesa Pelbagai Pihak Jadi Ahli Gerah- Ahmad Razif




Kerajaan negeri menggesa semua pihak, terutama kepimpinan negeri, penjawat awam, kakitangan syarikat milik kerajaan  negeri dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) menyertai Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) bagi membanteras gejala rasuah secara serius.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyertaan dibawah seliaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu mempertahankan nilai integriti dalam setiap urusan yang dijalankan.

"Saya turut  bersama- sama barisan kepimpinan negeri dan beberapa pihak lain yang dianggarkan mencapai bilangan puluhan ribu akan menjadi ahli Gerah.

"Kita mahu ia dilakukan segera agar dapat mempercepatkan lagi pembasmian gejala rasuah di negeri ini,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Karnival Kemah Keming Tolok Rasuah sempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar 2017) di Pantai Teluk Ketapang, SeberangbTakir, petang semalam.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Sementara itu, Dzukifli berkata, peranan Sahabat Gerah adalah sebagai mata dan telinga kepada SPRM di samping menyumbang tenaga, masa dan idea dalam usaha pencegahan rasuah.

"Kita mahu sekurang-kurangnya 50 peratus kakitangan awam di negeri ini menyertai Sahabat Gerah supaya dapat menjadi ejen SPRM menyebar luas imej anti rasuah dalam masyarakat.

"Ahli mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk mendapat maklumat terkini dan tepat mengenai tangkapan atau kejayaan SPRM menangani jenayah rasuah, " katanya.

No comments: