Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ekspedisi 'Terengganu De Latimojong' Promosi Sektor Pelancongan Negeri

Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) menganjurkan kembara ‘Terengganu De Latimojong’ dalam usaha membantu kerajaan negeri mempromosikan sektor pelancongan Terengganu khususnya sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia bermula pada 30 September hingga 6 Oktober ini.

Katanya, ekspedisi julung kali diadakan itu merupakan inisiatif Karyawan yang dilihat mampu mengeratkan hubungan antara kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi menerusi program pendakian gabungan dua negara ini.

“Terima kasih semua penaja program ini. Semoga misi ini berjaya memberi satu impak besar kepada para peserta yang membawa nama Terengganu dan ianya akan diteruskan lagi dengan pendakian ke gunung-gunung yang lebih mencabar pada masa akan datang.

“Kita juga berharap ekspedisi ini dapat membantu kerajaan negeri mempromosikan produk-produk pelancongan termasuk keindahan pantai, pulau , tasik disamping tinggalan sejarah termasuk warisan Melayu tradisi serta bangunan-bangunan lama yang terdapat di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis penyerahan Penajaan Dan Sumbangan Projek ‘Terengganu De Latimojong” di Wisma Darul Iman, hari ini.

Sementara itu,  Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu,  Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman yang akan mengetuai pendakian tersebut berkata, kumpulan pendaki juga turut melaksanakan tanggungjawab sosial komuniti kepada masyarakat di Desa Karangan iaitu perkampungan yang terletak di kaki gunung berkenaan dan memberi bantuan keperluan harian serta alat tulis kepada pihak yang memerlukan di desa tersebut.

"Ia sebagai tanda prihatin daripada kumpulan pendaki kepada masyarakat desa Karangan yang menjadi sebahagian nadi yang membangunkan kawasan pergunungan berkenaan," katanya.

Menurut beliau, kumpulan pendaki akan turut  melakukan pertukaran logo VBT 2017 dengan “Simbol Perlancongan Sulawesi” sebagai gimik hubungan akrab antara dua pihak.

“Pada masa sama, ia juga bertujuan membantu mengembangkan sektor pelancongan Terengganu menerusi aktiviti pendakian," katanya.

No comments: